LANGKAH PEMULIHARAAN BIODIVERSITI

Langkah mengatasi kepupusan atau kemusnahan biodiversiti perlu diambil dengan segera. Kaedah yang terbaik untuk memelihara sumber biodiversiti adalah dengan melindunginya sebelum ia tercemar.

Antara langkah yang perlu diambil ialah dengan mengadakan Bengkel Pengurusan Biodiversiti. Bengkel ini merupakan jalan terbaik untuk membentuk sikap manusia terhadap sumber biodiversiti. Pendedahan tentang kepentingan biodiversiti terhadap masyarakat sejak kecil amat penting untuk membentuk sikap dan tingkah laku manusia apabila menguruskan sumber biodiversti.

Selain itu, penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan perlu diperbanyakkan. Sebagai contoh, Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yag boleh digunakan daripada hasil khazanah alam Negara. Pusat-pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja kajian farmakologi sample, pemprosesan dan penghasilan benih. Hal ini penting untuk mengawal kepupusan spesies terancam.

Kawalan dan pemantauan yang lebih ketat juga amat penting. Teknologi konservasi biodiversity adalah teknologi yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini untuk pemantuan biodiversity menerusi satelit. Sensor dipasang pada bahagian tertentu spesies haiwan terancam memudahkan pemantauan dan kawalan terhadap spesies tersebut dilakukan. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal dengan lebih ketat.Begitu juga dengan biodiversity akuatik yang mempunyai nilai tinggi supaya tidak merugikan negara.

0 comments:

Post a Comment