KESAN KEPUPUSAN BIODIVERSITI

Kepupusan biodiversiti meninggalkan impak kepada manusia kerana manusia dan sumber biodiversiti saling bergantungan antara satu sama lain

Sekiranya biodiversiti terjejas :

Sumber mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dengan nilai yang tinggi juga akan turut terjejas. Aktiviti manusia mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangannya diversiti genetic sesuatu spesies sekaligus menyebabkan kepupusan. Kepelbagaian biodiversity juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetikyang sedia ada.

Selain itu, kepupusan biodiversiti turut menyebabkan perubahan iklim. Penyingkiran pokok daripada proses penebangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi, kekerapan hujan dan kadar penggunaan kabon dioksida dalam atmosfera semasa fotosintesis. Hal ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudian menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan pemanasan global. Paras air laut pula akan meningkat selaras dengan peningkatan suhu bumi kemudian akan mengubah lanskap bumi.

Sumber makanan juga akan berkurangan apabila sesuatu spesies pupus dari rantai ekosistem. Apabila sesuatu spesies pupus, spesies lain juga turut diancam kepupusan. Akibatnya keseluruhan ekosistem akan terjejas. Sebagai contoh, tumbuhan merupakan pengeluar utama dan diperlukan oleh haiwan herbivore sebagai makanan. Sekiaranya tumbuhan hilang dari rantai makanan tersebut, keseluruhan ekosistem tersebut akan hilang sumber makanan mereka.

0 comments:

Post a Comment