SPESIES FLORA YANG TERANCAM

Rafflesia adalah salah satu spesies flora yang hampir pupus...

Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Rafflesia

Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan hujan tropika adalah sejenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia dan kira-kira 75% di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.

Ciri-ciri utama Hutan hujan tropika

Pokoknya tumbuh lurus, tegak dan berakar banir

Hutan malar hijau

Pokoknya tumbuh dengan rapat

JENIS-JENIS HUTAN

Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi

Contoh Kawasan

Ciri-Ciri Utama

Tumbuh-Tumbuhan Utama

Hutan Khatulistiwa

Malaysia, Singapura, Brunei, Sumatera, Kalimantan, Semenanjung Thai dan Jawa Barat.

- malar hijau
- tebal dan padat
- berdaun lebar
- terdapat pelbagai jenis spesies
- berakar banir
- tiga lapisan yang nyata
- pokok berkayu keras
- tumbuhan bawah jarang

- balau
- meranti
- kapur
- keruing
- seraya
- paku-pakis
- rotan
- pokok memanjat

Hutan Monsun Tropika

Utara Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam, Utara Filipina, India dan Bangladesh.

- menggugurkan daun pada musim kemarau
- hutannya jarang
- tumbuhan bawah padat
- banyak pokok kayu keras
- berdirian tulen

- kayu jati
- penaga
- inkanyin
- buluh
- pyinkado

Tumbuhan gurun

Gurun Arab, Gurun Thar dan Gurun Iran.

- tahan kemarau
- sangat jarang
- berakar panjang
- daun kecil, berkilat dan berlilin
- daun berbentuk jarum
- batang berlendair

- kaktus
- semak-samun berduri
- pokok kurma

Hutan Mediteranean

Lubnan, Turki, Syria dan Iraq Utara

- malar hijau
- berdaun lebar
- pokok sederhana tinggi dan bantut
- tidak padat
- berdaun kecil, berkulit tebal dan berakar tunjang

- Oak
- cedar
- cypress
- zaitun

Padang rumput hawa sederhana (steppe)

Mongolia, Siberia Selatan dan pedalaman China

- rumput tinggi
- tumbuh berkelompok
- rumput berubah warna mengikut musim

- rumput pendek
- tulip
- Iris

Hutan campur sederhana panas

Taiwan, China Tengah, Korea Selatan dan Jepun Selatan.

- malar hijau
- berdaun lebar
- banyak spesies

- Oak
- magnolia
- Mulberi

Hutan pokok tirus(Taiga)

Siberia

- malar hijau
- tahan sejuk
- berbentuk kon
- daun bentuk tirus dan tajam
- berkulit rebal

- pain
- fir
- larch
- spurs

Tumbuh-tumbuhan tundra

Utara Siberia

- tahan sejuk
- cepat tumbuh
- lumut dan kulampair tumbuh diatas batuan
- pokok bantut di kawasan terlindung

- williow
- birch
- lumut

- kulampair

PENGURUSAN HUTAN SECARA KONSERVATIF

Bertujuan untuk memberikan faedah berikut :

i. Pemeliharaan dan pengekalan sumber hutan

ii. Pengurangan kos kerja-kerja pemulihan hutan

iii. Menjamin kestabilan serta kualiti alam sekitar

iv. Pengurangan pembaziran semasa pembalakan

v. Penggunaan sumber hutan secara optimum

PERANAN PENDUDUK BANDAR MEMELIHARA SUMBER HUTAN

Di kalangan penduduk Melayu di bandar pula,penghidupan moden tidak bermaksud kita harus memisahkan diri dengan cara hidup tradisional.Orang Melayu bandar boleh mengekalkan kaitan dengan hutan dalam konteks hutan melalui penggunaan perkakas dan perabot buatan daripada sumber hutan.

Alat permainan seperti congkak,sepak takraw,gasing dan wau boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak disamping alat teknologi moden seperti komputer.

Golongan ini juga boleh membantu dalam pemeliharaan hutan dengan menggunakan keluaran kayu getah yang boleh menjadi pengganti hasil buatan daripada sumber hutan semula jadi.Ahli keluarga harus digalakkan melawat hutan lipur yang berhampiran.Perubatan tradisional yang mementingkan penggunaan sumber hutan harus dipentingkan untuk mengubati penyakit moden yang tertentu.

Dengan cara ini, orang Melayu di bandar tidak akan terasing daripada sumber hutan alam semula jadi selain menikmati berbagai-bagai kemudahan sains dan teknologi.Mereka akan lebih merasai kepentingan pemeliharaan sumber hutan dan seterusnya menyokong usaha yang mulia ini.

Blog Entry PENGEKALAN BUDAYA TAMADUN MELAYU

Pada masa ini,penduduk dunia kian bertambah manakala sumber hutan adalah terhad.Di peringkat antarabangsa,kesedaran telah timbul tentang pentingnya manusia memelihara sumber hutan.Pemeliharaan disini dapat didefinisikan sebagai pengurusan penggunaan sumber hutan supaya ia boleh menghasilkan faedah maksimum yang berterusan dalam generasi ini dan mengekalkan potensinya untuk memenuhi keperluan dan aspirasi akan datang.

Bagi orang Melayu, pemeliharaan sumber hutan boleh dianggap sebagai membalas budi dan usaha pengekalan budaya dan tamadun Melayu.Untuk mereka yang tinggal di pinggir hutan, penggunaan sumber hutan ( baik untuk keperluan manusia atau ternakan ) harus dipastikan supaya ia tidak keterlaluan.Usaha dalam menjaga sumber hutan bagi penggunaan masa hadapan adalah dialu-alukan.

Salah satu cara yang baik dalam pemeliharaan sumber hutan bagi penduduk luar bandar ialah mengamalkan hutan tani (agro-forestry).Bagi pekebun kecil , rotan dan pokok perubatan boleh ditanam sebagai tanaman perantaraan (intercops).Dengan cara ini,kita tidak akan bergantung semata-mata pada hutan semula jadi untuk mendapat sumber yang berkenaan.

Usaha ini bukan sahaja membantu memelihara sumber hutan tetapi juga meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.

Untuk mencapai tujuan yang sama,anak-anak Melayu yang menganggur harus digalakkan melalui berbagai-bagai insentif dan kemudahan untuk mengamalkan hutan tani di luar bandar.Ini adalah penting kerana kadar pengangguran masih tinggi iaitu 8% pada tahun 1988, manakala masih terdapat 700,000 hektar tanah terbiar di negara kita.

MASALAH YANG TIMBUL EKORAN PEMBALAKAN YANG BERLELUASA. DI NEGARA LUAR

Pengalaman negara jiran kita adalah satu contoh yang baik.Daripada jumlah keluasan Negara Thai,peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 70% pada tahun 1945 kepada 20% pada tahun 1988.Kegiatan pembalakan yang keterlaluan dan pembalakan secara haram telah mengakibatkan masalah ketidakseimbangan keadaan alam sekitar.Di negara Thai, salah satu masalah yang serius ialah kaitan kegiatan pembalakan dengan banjir besar pada tahun 1988 apabila sebanyak 460 orang telah terkorban , 250,000 orang kehilangan rumah kediaman dan pemusnahan harta benda yang bernilai 67 juta Inggeris atau lebih kurang RM300 juta ringgit.

Akibatnya,Kerajaan Thai terpaksa mengharamkan kegiatan pembalakan mulai bulan Januari 1989.Selain itu,Negara Thai juga telah mulai mengimport kayu balak sebanyak satu juta m3 setahun kerana pengeluaran sendiri sebanyak tiga juta m3 tidak mencukupi.

Begitu juga pembalakan yang keterlaluan di Filipina telah mengakibatkan kawasan hutan cuma tinggal 20% daripada keluasan negara itu.Pengalaman Negara Thai dan Filipina patut dijadikan teladan kepada negara kita dalam soal pemeliharaan sumber hutan.